Wednesday, 28 November 2012

Bab 3 (diari seorang perempuan)

    Pagi yang bosan!hari ni saya tidak ke mana mana.Selepas merajinkan diri menolong nenek mencuci pinggan dan mangkuk selepas sarapan,saya siramka bunga bunga nenek.Kemudian saya bersama atuk pergi ke Pasar Tani bagi mendapatkan bekalan bahan bahan mahu dimasak oleh nenek.Namun agak menggembirakan juga sebab kereta tua atuk itu tidak meragam lagi.


    Di pasar tiada ,tiada sebarang kejadian yang menarik,selain dari perasaan ada beberapa orang jejaka memandang-mandang saya.Saya seram!entah2 mereka tu jejaka lombok,Eee..sebagai remaja di akhir sunti juga bakal gadis,saya perlu berhati-hati.Sudahlah emad dan ayah jauh.Sekiranya tejadi apa apa bagaimana?


    Wajarkah seseorang remaja yang kini melewati episod2 terakhir kesuntiannya ,dan masih belum datang bulan,diminati atau meminati?Bukankah seseorang perempuan yang tidak datang bulan itu tidak sempurna keprempuannya?Saya bukan perempuan sebenar?argh tiba tiba makin menigkat tahap kepeningan saya apabila memikirkan hal ini..


    Dengan siapa dapat saya luahkan isi hati dan perasaan ini?Tidak mungkin dengan atuk,abang?Jangan harap!satu satunya perempuan di rumah ini adalah nenek,nenek?sekiranya saya berbincang dengan nenek,saya perlu menigkatkan iman,semangat dan kesabaran dahulu sebelum saya kekeringan air liur..Wah seperti merendah rendahkan nenek pula.Ops...


     Mungkin saya dapat bertanya kepada satu satunya menantu nenek saya yang kini berada di Dernmark itu.Namun bukanlah sekarang.Di Dernmark sekarang,mungkin satu satunya menatu atuk dan nenek itu masih berseronok tidur.Baik saya hantar emel sahaja kepadanya.Dengan sepenuh keyakinan saya berfirasat beliau ada jawapan bagi persoalan itu.

   Okey,saya mahu tulis kepada satu satunya isteri papa sekarang ...

No comments:

Post a Comment