Tuesday, 27 November 2012

Bab 1 (diari seorang perempuan)

HaRi PerTaMa BLOG ini ditulis dan dirasmikan oleh diri sendiri ....
    Saya Nia,itu nama pendek,nama kawan-kawan,keluarga dan orang sekeliling panggil.Nama panjang sya Korniasusilawati Laradutta Khan.Apa?pelik? saya mampu marah apabila ada org kata nama saya pelik.Namun sya bangga sbb ada org kata nama saya tu sangat unik.Ya nama sya unik kan??heheheh.Sila muntah dgn sopan santun sekiranya ade yang mula loya.Saya sendiri pun pelik mengapa ibu bapa sya berikan nama yg unik itu (yang org selalu kata pelik itu)kepada saya.Ada unsur-unsur Jawa,Hindi dan Monggolia disitu.Padahal orang tua saya sah-sah Melayu tulen seratus peratus.Mereka mahu sya menjadi manusia antarabangsa agaknyer.Maklumlah,mereka banyak bercampur dengan diplomat-diplomat asing.Hmm... mujurlah hanya ada 3 unsur bangsa pada nama sya.sekiranya ada unsur-unsur Uganda,Tibet,Timor Leste dan Swaziland bagaimana?bagaimanakah orang mahu menyebutnyer nanti,
    Usia saya baru empat belas tahun.sudah besar kan?pasti ade yg kata "baru empat belas tahun.budak2 lagi"
    Apa?Baru?baru empat belas tahun?inilah masalah saya.Orang kata empat belas tahun tidak ada apa2 masalah.Masalahnye saya ada ! ada masalah.Mungkin dalam jurnal ini perlu diletak tajuk besar 'Jurnal Saya Bermasalah'.
    Disebabkan masalah ini saya terpaksa menulis jurnal khas.Jurnal khas sebagai ruangan saya meluahkan perasaan,kemudian bermuhasabah serta mengkaji sebarang kelainan,kepelikkan mahupun keganjilan pada diri saya yang unik ini.Saya harap tiada yang kata saya perempuan glamor,Gila glamor? mulut siapa yg tergamak meltakkan status yg langsung tidak relevan dengan diri nama sya itu?tulis jurnal dalam blog sesuatu yang glamor ? oh sekiranya ye,baru sekarang saya tahu.Ah apa-apalah.Ada saya kisah?(hakikatnyer,saya kisah juga.Ngee!)
    Sudah!sudah! saya tidak mahu melalut.Daripada saya merepek dan lari jauh daripada maklumat asal kewujudan jurnal ni,baik saya bebelkan masalah yang menjadi penyebab utama ni.saya berumur empat belas tahun.Ya betul!saya remaja yang semakin jauh meninggalkan  alam sunti dan benar2 menjadi anak dara.Menurut dalam kamus dewan edisi keempat,sunti bermaksud anak perempuan yang mula mahu menjadi gadis..
    Ya,itulah masalahnyer.Baligh! saya sudah 14 tahun,sudah semakin menghampiri episod2 terakhir zaman sunti ini.Namun saya masih juga belum baligh.Saya belum datang bulan!habis saya diapanggil apa?anak dara sunti adalah anak dara yang baru baligh.Saya belum!saya belum! kepala otak ni terasa sudah terlebih dos memikirkan masalah ini.Tarikh hari ini sudah 1 JULAI.Tahu apa maksudnyer?Maksudnye saya sudah berada pada pertengahan usia 14 tahun.Lagi 6 bulan usia saya genap 15 tahun,kerana saya lahir pada bulan Januari.inilah yang saya risaukan.Apa yang tidak kena saya?
    Kawan2 perempuan sebaya saya ,kebanyakkan sudah datang bulan.Nina mendahului kami.Sebaik sahaja berumur 10 tahun,dia sudah baligh.Awal betul dia dah dewasa.Dari sudut pandangan mata,rupa dan fizikal seperti emak-emak orang! ngeri plak apabila memikirkannya balik..
    Dalam kumpulan kawan baik saya ,hanya saya dan Rini yang belum datang bulan lagi.Saya tgk Rini macam biasa2 sahaja jer.Tidak kelihtan pon dia sangat risau apa yg saya risaukan sekarang ni.
    Entahla,Saya selalu berdoa cepat datang bulan .Saya tidak mahu kelihatan tidak normal,ganjil dan cacat... Saya tidak rela!
    Saya membebel seorang diri di sini,siapa yang mahu baca?jadi baik saya buat aktiviti lompatan blog ke blog dgn giat,kemudian bertukar-tukar link.
    Namun bukan sekarang,abang sudah bising di halaman..
BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment