Saya menulis lagi.Semalam saya belum habis berkisah lagi sebenarnya.Namun disebabkan abang sudah mula mengaktifkan volumenya dan meriuhkan halaman,dengan berat hati terpaksalah saya menghentikan sesi meluahkan perasaan ini kerana atuk minta tolong sorongkan kereta Wak Segan,err..volkswagen tua beliau.
Entah berapa kali saya telah membuat siaran ulangan dihadapan atuk supaya membeli kereta baru.Namun telinga atuk seolah-olah tersumbat dengan earphone MP3 volume tahap tinggi paling maksima.Beliau langsung tidak melayan siaran ulangan yang sengaja saya mengaktifkannya.Begitulah atuk, sayang sayang separuh nyawa dengan kereta tua itu .Kata atuk itulah kereta yang pertama beliau beli sempena graduasi papa pada pengajiannya di universiti 20 tahun lalu.Itu pon atuk beli kereta yang terpakai.Bayangkanlah berapa umur usia kereta itu ?bagi saya kereta anti atuk itu memang layak diletakkan di muzium sebagai salah satu artifak bersejarah negara.Hahahaah.Mahu naik hantu sekiranya atuk baca luahan perasaan hati saya ini.Mujurla atuk bukan terdiri daripada manusia yang celik dan dapat baca jurnal saya di internet .
Nenek? nenek bukannya kisah sangat.Lagipun nene tidak dengar bebelan2 saya ,atau suara atuk bersungut-sungut apabila kereta tua itu meragam ,kerana nenek mengalami kegagalan fungsi kedengaran yang agak kritikal juga.Kadang kadang saya dan abang terpaksa menulis besar besaran dia atas papan putih itu.Sebaliknya nenek sendiri yang mencadangkan atuk belikan papan putih dan digantung pada dinding dapur kerana sudah letih membuat siaran ulang ulangan dialog yang sama.Pastilah cadangan bernas nenek itu kami terima dengan hati yang girang gembira.
Bukannya nenek tidak mempunyai alat pendengaran tetapi,namun apabila penyakit lupa menyerang,alat itu entah ke mana perginya.Nenek sendiri tiada kerajinan untuk mencarinya.Alat bantu pendengaran nenek entah kemana perginya?Mungkin jatuh diawah katilnya,mungkin juga tersorok di balik tilam.Entah entah sudah pun terbuang di dalam bakul sampah nenek....Nenek!benda itu bukannya murahlah wahai nenekku sayang..
Oh ya, saya dan abang sudah 2 tahun tinggal di kampung dengan atuk dan nenek.Papa dan mama mahu kami menghabiskan persekolah di Malaysia sebelum kami mengikut ke luar negara.Tugas papa sebagai pegawai keajaan yang bertugas di luar negara yang menyebabkan kami terpaksa berjauhan.Hmm..tidak perlulah saya nyatakan secara terpirinci ini.
Siapa kata duduk kampung ini tidak seronok?Seronok okey!kampung kami bukannya jauh di pendalamn pun.Rumah atuk dan nenek di kampung baru Kuala Lumpur sahaja.
hahahaha Tipah janganlah rasa tertipu,okey?
Wah,nampaknya saya sudah semakin jauh daripada landasan asal sebab musabab saya menulis lagi petang ini.
Sebanarnya hati ini diserang kesedihan yang agak mendalam.Semuanya disebabkan .....................
BERSAMBUNG DI HARI ESOK :)
No comments:
Post a Comment