Wednesday, 28 November 2012

Bab 4 (diari seorang perempuan)

    Sebentar tadi,sebelum membuka emel balasan daripada satu satunya menantu atuk dan nenek,iatu mama saya sendiri ,saya cuba buzz Rini yang tiba tiba memunculkan diri dalam senaraiyahoo messenger saya.


    Malangnya Rini tetiba jer ghaib.Saya cuba berbaik sangka.Mungkin talian internet di rumah Rini bermasalah.Jadi dengan tenang saya berharap Rini bermuncul semula . Tujuan utamanya pastilah kerana saya mahu mengapa sejak akhir2 ni dia lebih suka menyendiri.Sebagai seorang sahabat pasti saya ambil peduli pasal dia.Apa gunanya sahabat seandainya tidak mampu membantu dan tidak peduli?


    Saya tunggu dan tunggu,namun sudah setengah jam Rini tidak muncul-muncul semula.Hmm..mengapa dengan Rini agaknya?sebagai sahabat,saya mula risau.Namun saya mati akal sekarang.Apa yang mampu saya lakukan?Adakah Rini sudah tidak sayang sya sebagai sahabatnya?



    Nampaknya ada emel masuk,mungkin balasan dari emel mama.Baik saya tengok.Nanti bila bila saya sambung ya.

 11.00 malam,
malas betul saya mahu menaip,bagaimanapun saya perlu menaip kerana saya mahu memasukkan jwapan mama berkaitan perseoalan semalam.Semalam dalam emel,saya nyatakan kepada mama mengapa saya masih belum datang bulan.Adakah say tidak normal?adakah saya akan berubah menjadi lelaki?Ee risaunya saya!

   Mahu tahu apa jawapan mama??SAMBUNG PADA MALAM INI :)

Bab 3 (diari seorang perempuan)

    Pagi yang bosan!hari ni saya tidak ke mana mana.Selepas merajinkan diri menolong nenek mencuci pinggan dan mangkuk selepas sarapan,saya siramka bunga bunga nenek.Kemudian saya bersama atuk pergi ke Pasar Tani bagi mendapatkan bekalan bahan bahan mahu dimasak oleh nenek.Namun agak menggembirakan juga sebab kereta tua atuk itu tidak meragam lagi.


    Di pasar tiada ,tiada sebarang kejadian yang menarik,selain dari perasaan ada beberapa orang jejaka memandang-mandang saya.Saya seram!entah2 mereka tu jejaka lombok,Eee..sebagai remaja di akhir sunti juga bakal gadis,saya perlu berhati-hati.Sudahlah emad dan ayah jauh.Sekiranya tejadi apa apa bagaimana?


    Wajarkah seseorang remaja yang kini melewati episod2 terakhir kesuntiannya ,dan masih belum datang bulan,diminati atau meminati?Bukankah seseorang perempuan yang tidak datang bulan itu tidak sempurna keprempuannya?Saya bukan perempuan sebenar?argh tiba tiba makin menigkat tahap kepeningan saya apabila memikirkan hal ini..


    Dengan siapa dapat saya luahkan isi hati dan perasaan ini?Tidak mungkin dengan atuk,abang?Jangan harap!satu satunya perempuan di rumah ini adalah nenek,nenek?sekiranya saya berbincang dengan nenek,saya perlu menigkatkan iman,semangat dan kesabaran dahulu sebelum saya kekeringan air liur..Wah seperti merendah rendahkan nenek pula.Ops...


     Mungkin saya dapat bertanya kepada satu satunya menantu nenek saya yang kini berada di Dernmark itu.Namun bukanlah sekarang.Di Dernmark sekarang,mungkin satu satunya menatu atuk dan nenek itu masih berseronok tidur.Baik saya hantar emel sahaja kepadanya.Dengan sepenuh keyakinan saya berfirasat beliau ada jawapan bagi persoalan itu.

   Okey,saya mahu tulis kepada satu satunya isteri papa sekarang ...

Tuesday, 27 November 2012

Sambungan Bab 2

Bersambung episod yang tadi ...

    Semuanya disebabkan Rini.Sejak akhir akhir ini Rini seperti tidak mahu bercakap dengan saya.Apabila saya menghampirinye ,belum satu meter mendekatinye,dengan pantas dia melarikan diri daripada saya.Sebenarnya bukan saya sahaja tetapi dengan kawan kawan lain juga dia begitu.


    Saya masih tertanya mengapa dia berkelakuan begitu kepada saya dan kwan kawan yang lain.Ah masalah!masalah! satu masalah belum selesai,masalah lain pula timbul.

    Saya penat dan runsing.Lebih baik saya tidur.Saya harap esok saya mendapat jawapan mengapa Rini berubah secara mendadak ...

Bab 2 (diari seorang perempuan)


    Saya menulis lagi.Semalam saya belum habis berkisah lagi sebenarnya.Namun disebabkan abang sudah mula mengaktifkan volumenya dan meriuhkan halaman,dengan berat hati terpaksalah saya  menghentikan  sesi meluahkan perasaan ini kerana atuk minta tolong sorongkan kereta Wak Segan,err..volkswagen tua beliau.

     Entah berapa kali saya telah membuat siaran ulangan dihadapan atuk supaya membeli kereta baru.Namun telinga atuk seolah-olah tersumbat dengan earphone MP3 volume tahap tinggi paling maksima.Beliau langsung tidak melayan siaran ulangan yang sengaja saya mengaktifkannya.Begitulah atuk, sayang sayang separuh nyawa dengan kereta tua itu .Kata atuk itulah kereta yang pertama beliau beli sempena graduasi papa pada pengajiannya di universiti 20 tahun lalu.Itu pon atuk beli kereta yang terpakai.Bayangkanlah berapa umur usia kereta itu ?bagi saya kereta anti atuk itu memang layak diletakkan di muzium sebagai salah satu artifak bersejarah negara.Hahahaah.Mahu naik hantu sekiranya atuk baca luahan perasaan hati saya ini.Mujurla atuk bukan terdiri daripada manusia yang celik dan dapat baca jurnal saya di internet .


    Nenek? nenek bukannya kisah sangat.Lagipun nene tidak dengar bebelan2 saya ,atau suara atuk bersungut-sungut apabila kereta tua itu meragam ,kerana nenek mengalami kegagalan fungsi kedengaran  yang agak kritikal juga.Kadang kadang saya dan abang terpaksa menulis besar besaran dia atas papan putih itu.Sebaliknya nenek sendiri yang mencadangkan atuk belikan papan putih dan digantung pada dinding dapur kerana sudah letih membuat siaran ulang ulangan dialog yang sama.Pastilah  cadangan bernas nenek itu kami terima dengan hati yang girang gembira.


   Bukannya nenek tidak mempunyai alat pendengaran tetapi,namun apabila penyakit lupa menyerang,alat itu entah ke mana perginya.Nenek sendiri tiada kerajinan untuk mencarinya.Alat bantu pendengaran nenek entah kemana perginya?Mungkin jatuh diawah katilnya,mungkin juga tersorok di balik tilam.Entah entah sudah pun terbuang di dalam bakul sampah nenek....Nenek!benda itu bukannya murahlah wahai nenekku sayang..


    Oh ya, saya dan abang sudah 2 tahun tinggal di kampung dengan atuk dan nenek.Papa dan mama mahu kami menghabiskan persekolah di Malaysia sebelum kami mengikut ke luar negara.Tugas papa sebagai pegawai keajaan yang bertugas di luar negara yang menyebabkan kami terpaksa berjauhan.Hmm..tidak perlulah saya nyatakan secara terpirinci ini.


    Siapa kata duduk kampung ini tidak seronok?Seronok okey!kampung kami bukannya jauh di pendalamn pun.Rumah atuk dan nenek di kampung baru Kuala Lumpur sahaja.
hahahaha Tipah janganlah rasa tertipu,okey?


    Wah,nampaknya saya sudah semakin jauh daripada landasan asal sebab musabab saya menulis lagi petang ini.


    Sebanarnya hati ini diserang kesedihan yang agak mendalam.Semuanya disebabkan .....................

BERSAMBUNG DI HARI ESOK :)

Bab 1 (diari seorang perempuan)

HaRi PerTaMa BLOG ini ditulis dan dirasmikan oleh diri sendiri ....
    Saya Nia,itu nama pendek,nama kawan-kawan,keluarga dan orang sekeliling panggil.Nama panjang sya Korniasusilawati Laradutta Khan.Apa?pelik? saya mampu marah apabila ada org kata nama saya pelik.Namun sya bangga sbb ada org kata nama saya tu sangat unik.Ya nama sya unik kan??heheheh.Sila muntah dgn sopan santun sekiranya ade yang mula loya.Saya sendiri pun pelik mengapa ibu bapa sya berikan nama yg unik itu (yang org selalu kata pelik itu)kepada saya.Ada unsur-unsur Jawa,Hindi dan Monggolia disitu.Padahal orang tua saya sah-sah Melayu tulen seratus peratus.Mereka mahu sya menjadi manusia antarabangsa agaknyer.Maklumlah,mereka banyak bercampur dengan diplomat-diplomat asing.Hmm... mujurlah hanya ada 3 unsur bangsa pada nama sya.sekiranya ada unsur-unsur Uganda,Tibet,Timor Leste dan Swaziland bagaimana?bagaimanakah orang mahu menyebutnyer nanti,
    Usia saya baru empat belas tahun.sudah besar kan?pasti ade yg kata "baru empat belas tahun.budak2 lagi"
    Apa?Baru?baru empat belas tahun?inilah masalah saya.Orang kata empat belas tahun tidak ada apa2 masalah.Masalahnye saya ada ! ada masalah.Mungkin dalam jurnal ini perlu diletak tajuk besar 'Jurnal Saya Bermasalah'.
    Disebabkan masalah ini saya terpaksa menulis jurnal khas.Jurnal khas sebagai ruangan saya meluahkan perasaan,kemudian bermuhasabah serta mengkaji sebarang kelainan,kepelikkan mahupun keganjilan pada diri saya yang unik ini.Saya harap tiada yang kata saya perempuan glamor,Gila glamor? mulut siapa yg tergamak meltakkan status yg langsung tidak relevan dengan diri nama sya itu?tulis jurnal dalam blog sesuatu yang glamor ? oh sekiranya ye,baru sekarang saya tahu.Ah apa-apalah.Ada saya kisah?(hakikatnyer,saya kisah juga.Ngee!)
    Sudah!sudah! saya tidak mahu melalut.Daripada saya merepek dan lari jauh daripada maklumat asal kewujudan jurnal ni,baik saya bebelkan masalah yang menjadi penyebab utama ni.saya berumur empat belas tahun.Ya betul!saya remaja yang semakin jauh meninggalkan  alam sunti dan benar2 menjadi anak dara.Menurut dalam kamus dewan edisi keempat,sunti bermaksud anak perempuan yang mula mahu menjadi gadis..
    Ya,itulah masalahnyer.Baligh! saya sudah 14 tahun,sudah semakin menghampiri episod2 terakhir zaman sunti ini.Namun saya masih juga belum baligh.Saya belum datang bulan!habis saya diapanggil apa?anak dara sunti adalah anak dara yang baru baligh.Saya belum!saya belum! kepala otak ni terasa sudah terlebih dos memikirkan masalah ini.Tarikh hari ini sudah 1 JULAI.Tahu apa maksudnyer?Maksudnye saya sudah berada pada pertengahan usia 14 tahun.Lagi 6 bulan usia saya genap 15 tahun,kerana saya lahir pada bulan Januari.inilah yang saya risaukan.Apa yang tidak kena saya?
    Kawan2 perempuan sebaya saya ,kebanyakkan sudah datang bulan.Nina mendahului kami.Sebaik sahaja berumur 10 tahun,dia sudah baligh.Awal betul dia dah dewasa.Dari sudut pandangan mata,rupa dan fizikal seperti emak-emak orang! ngeri plak apabila memikirkannya balik..
    Dalam kumpulan kawan baik saya ,hanya saya dan Rini yang belum datang bulan lagi.Saya tgk Rini macam biasa2 sahaja jer.Tidak kelihtan pon dia sangat risau apa yg saya risaukan sekarang ni.
    Entahla,Saya selalu berdoa cepat datang bulan .Saya tidak mahu kelihatan tidak normal,ganjil dan cacat... Saya tidak rela!
    Saya membebel seorang diri di sini,siapa yang mahu baca?jadi baik saya buat aktiviti lompatan blog ke blog dgn giat,kemudian bertukar-tukar link.
    Namun bukan sekarang,abang sudah bising di halaman..
BERSAMBUNG

perkenalan dulu .. :)

HyE sEmuA ...
selamat berkenalan , nama sya husna panggil sya una ... hhihihi nama manja
erm una pnyer cita2 nak jadi novelis kalau semua nak thu ..jadi FOLLOW la blogspot ni ea?..kali ni una nak test buat citer ni yg bertajuk DIARI SEORANG PEREMPUAN..hahaha semua citer ni rekaan semata-mata tau jgn terasa ..